Visi

VISI:Menjadikan Murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Besout 3/2014, Cemerlang Dalam UPSR.

Moto

MOTO:KEMBALIKAN KECEMERLANGAN SKB3!

iklan

Maklumat dan pencapaian murid secara individu tidak dipaparkan pada halaman ini.Harap Maklum.

Wednesday 14 March 2012

TAJUK PROJEK,PENDAHULUAN,LATAR BELAKANG,


SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 03,
35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN.

1.         TAJUK PROJEK :
              
PROGRAM TUNAS CEMERLANG UPSR 2012

2.         PENDAHULUAN

Berteraskan keyakinan dan keperihatinan terhadap pencapaian semasa murid serta atas dasar kesedaran dan inginkan pencapaian murid ketahap optimum maka lahirlah Program Tunas Cemerlang UPSR 2012.Program ini didokumentasikan hasil komitmen yang jitu antara Pentadbir Sekolah Kebangsaan Besout 03,PIBG,guru-guru,ibu bapa dan penjaga serta murid-murid Tahun 6,2012.

3.         LATAR BELAKANG

Program ini dirancang berdasarkan Analisa Pencapaian Ujian Percubaan UPSR Tahun 5,2011. Daripada 40 calon yang menduduki ujian berkenaan 16 calon (40.0%) lulus semua mata pelajaran.Hanya seorang calon yang mendapat 5A (2.5%).Peratusan kelulusan mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut:

Bahasa Melayu Pemahaman :  34 calon (85.0%)
Bahasa Melayu Penulisan     :  27 calon (67.5%) 
Bahasa Inggeris                    :  23 calon (57.5%) 
Matematik                           :  18 calon (45.0%)
Sains                                   :  21 calon (52.5%)
           
Berdasarkan peratus kelulusan di atas menunjukkan pencapaian keseluruhan amat rendah dan masih jauh daripada target sekolah,daerah dan negeri.Bagi merealisasikan impian dan harapan semua pihak satu tindakan yang lebih efektif dengan mengambil kira kemampuan dan kekuatan yang ada pada murid,ibu bapa,guru-guru dan pihak sekolah bagi melonjak pencapaian murid ke tahap yang maksimum.

Latar belakang murid Tahun 6,2012:

Cemerlang       :  07 orang
Sederhana       :  13 orang
Lemah             :  13orang
Sangat lemah   :  07 orang
Jumlah             :  40 orang

No comments:

Post a Comment

Kandungan Blog Ini

TAKWIM PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAKWIM PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berikut adalah jadual Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014 yang mengandungi senarai tarikh peperiksaan UPSR, SPM dan STAM bagi tahun 2014 untuk rujukan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, ibu bapa dan guru-guru. Tarikh-tarikh ini adalah berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 9 Tahun 2013: Makluman Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia. Klik Untuk Lihat Jadual. Klik Untuk Lihat Jadual

Blog Lain Yang Diterbitkan

Lokasi Pengunjung

   

VISITOR COUNTER