Visi

VISI:Menjadikan Murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Besout 3/2014, Cemerlang Dalam UPSR.

Moto

MOTO:KEMBALIKAN KECEMERLANGAN SKB3!

iklan

Maklumat dan pencapaian murid secara individu tidak dipaparkan pada halaman ini.Harap Maklum.

Thursday 15 March 2012

Objektif ,Kumpulan Sasaran,Keterangan Projek,Tempoh Pelaksanaan dan Sumber-sumber Program Kecemerlangan UPSR 2012

5. OBJEKTIF
Objektif-objektif yang ingin dicapai oleh Program Tunas Cemerlang 2012 ialah:
a) Lulus sekurang-kurangnya 38/40 orang ( 95 % ) ABC dalam Bahasa Melayu Pemahaman dengan kualiti A seramai 18/40 calon (45.0 %).
b) Lulus sekurang-kurangnya 37/40 orang (92.5 % ) ABC dalam Bahasa Melayu Penulisan dengan kualiti A seramai 15/40 calon (37.5%).
c) Lulus sekurang-kurangnya 30/40 orang (75%) ABC dalam Bahasa Inggeris dengan kualiti A seramai 13 orang (32.5%).
d) Lulus sekurang-kurangnya 33/40 orang (82.5 %) ABC dalam Matematik dengan kualiti A seramai 10 orang (25%).
e) Lulus sekurang-kurangnya 33/40 orang (82.5%) ABC dalam Sains dengan kualiti A seramai 14 orang (35%).
f) Lulus sekurang-kurangnya 30/40 calon (75%) ABC dalam semua subjek dengan kualiti semua A seramai 7 orang(17.5 %).
g) Memberi ruang yang lebih kepada murid cemerlang dan sederhana meningkatkan prestasi akedemik 2012.
h) Membantu murid lemah supaya lulus dalam semua subjek UPSR 2012 sekurang-kurangnya gred C.
i) Memberi ruang kepada pihak sekolah mempelbagaikan aktiviti khasnya di luar waktu persekolahan.
j) Ibu bapa dan penjaga dapat menyumbangkan idea dan saranan yang berguna dan berkesan serta perihatin terhadap tingkah laku anak masing-masing.
k) Mengeratkan hubungan antara sekolah dengan PIBG serta ibu bapa murid Tahun 6, 2012.

6. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program yang dirancang ialah semua pelajar Tahun 6 yang merangkumi kelas 6 Cemerlang (22 orang) dan kelas 6 Intelek (18 orang). Jumlah keseluruhan ialah 40 orang dan terdiri daripada pelbagai tahap atau aras penguasaan.

7. KETERANGAN PROJEK
Program ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu:
1. Projek Utama (Projek ini menjurus kepada P&P dalam kelas)
2. Projek Sokongan (Projek ini dijalankan di luar bilik darjah)
3. Projek Sampingan (Projek ini dirancang untuk menggalakkan minat pelajar)

8. TEMPOH MASA PERLAKSANAAN
Program ini adalah lanjutan daripada aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya.Bagi Tahun 2012 Program ini telah bermula dari November 2011 hingga saat-saat akhir menjelangnya UPSR 2012.

9. SUMBER
a) Kewangan
i. Peruntukan wang kerajaan(Panitia)
ii. Yuran penyertaan
iii. PIBG,JKKR, individu dan peribadi.

b) Bahan-bahan
i. BBM sedia ada
ii. Lembaran kerja
iii. Buku-buku kerja dan latihan serta kemudahan teknologi sedia ada.

c) Tenaga
i. Guru-guru SK Besout 3
(Guru Tahun 6, Guru STF, dll)
ii. Penceramah dan fasilitator luar
( Didik,Tinta Akedemik dll)
iii. Guru-guru Panitia Sains,B.Inggeris dan Matematik SKB3.

d) Tenaga Pengajar Utama
i. En. Badrol Hisham b. Zainol Abidin - Bahasa Melayu
ii. En. Baharuddin b. Mohd - Bahasa Melayu
iii. TEn.Hj. Roslan b. Hj Lee - Matematik
iv. En. Nik Syakina Al-arif b. Nik Daud - B. Inggeris
v. En. Zainuddin b Mat Shariff - Sains

No comments:

Post a Comment

Kandungan Blog Ini

TAKWIM PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAKWIM PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berikut adalah jadual Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014 yang mengandungi senarai tarikh peperiksaan UPSR, SPM dan STAM bagi tahun 2014 untuk rujukan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, ibu bapa dan guru-guru. Tarikh-tarikh ini adalah berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 9 Tahun 2013: Makluman Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia. Klik Untuk Lihat Jadual. Klik Untuk Lihat Jadual

Blog Lain Yang Diterbitkan

Lokasi Pengunjung

   

VISITOR COUNTER