Tuesday, 11 February 2014

PROGRAM KECEMERLANG UPSR 2014,PENDAHULUAN,LATAR BELAKANG CALON 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 03,
35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN.


1.         TAJUK PROJEK :
            PROGRAM KECEMERLANG UPSR 2014

2.         PENDAHULUAN
Berteraskan keyakinan dan keperihatinan terhadap pencapaian semasa murid serta atas dasar kesedaran dan inginkan pencapaian murid ketahap optimum maka lahirlah Program Kecemerlang UPSR 2014.Program ini didokumentasikan hasil komitmen yang jitu antara Pentadbir Sekolah Kebangsaan Besout 03,PIBG,guru-guru,ibu bapa dan penjaga, murid-murid Tahun 6,2014 serta Pentadbiran FELDA.

3.         LATAR BELAKANG
Program ini dirancang berdasarkan Analisa Pencapaian Ujian Percubaan UPSR Tahun 5,2013. Daripada 22 calon yang menduduki ujian berkenaan 16 calon (72.7%) lulus semua mata pelajaran.Walaupun tiada calon yang mendapat 5A namun bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya 3 A seramai 5 orang.Peratusan kelulusan mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut:

                        Bahasa Melayu Pemahaman               :  21/22 calon (95.5%)
                        Bahasa Melayu Penulisan                   :  20/22 calon (90.9%)
                        Bahasa Inggeris                                   :  19/22 calon (86.4%)
                        Matematik                                           :  17/22 calon (77.3%)
                        Sains                                                    :  18/22 calon (81.8%)
                        Lulus Keseluruhan                              :  16/22 calon (72.7%)
           

Berdasarkan peratus kelulusan di atas menunjukkan pencapaian keseluruhan amat menggalakkan dengan  peratusan yang agak tinggi dan hampir kepada rekod UPSR sekolah yang dicatatkan pada tahun 2004 (76.8%).Bagi merealisasikan impian dan harapan semua pihak satu tindakan yang lebih efektif dengan mengambil kira kemampuan dan kekuatan yang ada pada murid,ibu bapa,guru-guru maka pihak sekolah melalui Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2014 telah merancang program Kecemerlangan UPSR 2014 bagi melonjak pencapaian murid ke tahap yang maksimum.

Latar belakang murid Tahun 6,2014:

Cemerlang                   :  03 orang
Potensi Cemerlang      :  04 orang
Lulus/sederhana          :  10 orang
Galus                           :  05 orang

Jumlah                         :  22 orang 

No comments:

Post a Comment