Visi

VISI:Menjadikan Murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Besout 3/2014, Cemerlang Dalam UPSR.

Moto

MOTO:KEMBALIKAN KECEMERLANGAN SKB3!

iklan

Maklumat dan pencapaian murid secara individu tidak dipaparkan pada halaman ini.Harap Maklum.

Tuesday 11 February 2014

MATLAMAT,OBJEKTIF, KUMPULAN SASARAN UPSR 2014

4. MATLAMAT

Program ini dirancang dengan matlamat untuk:

a) Mencapai kecemerlangan dan meningkatkan prestasi semua matapelajaran.
b) Meningkatkan kuantiti dan kualiti UPSR 2014
c) Memberi ruang kepada murid cemerlang meneruskan pencapaian akedemik.
d) Membantu murid sederhana dan lemah memperbaiki kelemahan dengan pencapaian sekurang-kurangnya gred C.
e) Meminimumkan peratusan gagal.
f) Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru demi masa depan Sekolah Kebangsaan Besout 03.
g) Menimbulkan minat dan keazaman murid untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

5. OBJEKTIF
Objektif-objektif yang ingin dicapai oleh Program Tunas Cemerlang 2014 ialah:

a) Lulus minima 95.5 % ABC dalam Bahasa Melayu Pemahaman dengan kualiti A sekurang-kurangnya 13 orang (59.1 %).
b) Lulus minima 90.9 % ABC dalam Bahasa Melayu Penulisan dengan kualiti A sekurang-kurangnya 13 orang (59.1 %).
c) Lulus 86.4 0% ABC dalam Bahasa Inggeris dengan kualiti A sekurang-kurangnya 4 orang (18.2 %).
d) Lulus 86.4 % ABC dalam Matematik dengan kualiti A seramai 8 orang (36.4 %).
e) Lulus 86.4 % ABC dalam Sains dengan kualiti A seramai 8 orang (36.4 %).
f) Lulus 77.3 % ABC dalam semua subjek dengan kualiti semua A seramai 4 orang(18.2 %).
g) Memberi ruang yang lebih kepada murid cemerlang dan sederhana meningkatkan prestasi akedemik 2014.
h) Membantu murid lemah supaya lulus dalam semua subjek UPSR 2014 sekurang-kurangnya gred C.
i) Memberi ruang kepada pihak sekolah mempelbagaikan aktiviti khasnya di luar waktu persekolahan.
j) Ibu bapa dan penjaga dapat menyumbangkan idea dan saranan yang berguna dan berkesan serta perihatin terhadap tingkah laku anak masing-masing.
k) Mengeratkan hubungan antara sekolah dengan PIBG serta ibu bapa murid Tahun 6, 2014.

6. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program yang dirancang ialah semua pelajar Tahun 6 Cemerlang (22 orang) yang terdiri daripada pelbagai tahap atau aras penguasaan.

No comments:

Post a Comment

Kandungan Blog Ini

TAKWIM PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAKWIM PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berikut adalah jadual Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014 yang mengandungi senarai tarikh peperiksaan UPSR, SPM dan STAM bagi tahun 2014 untuk rujukan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, ibu bapa dan guru-guru. Tarikh-tarikh ini adalah berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 9 Tahun 2013: Makluman Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia. Klik Untuk Lihat Jadual. Klik Untuk Lihat Jadual

Blog Lain Yang Diterbitkan

Lokasi Pengunjung

   

VISITOR COUNTER